Thursday, December 17, 2009

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah


* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan



Monday, December 14, 2009

Nak Tahu Di Mana Kecantikkan Perempuan

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Nak Tahu Di Mana Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki
...



Sunday, December 13, 2009

Doa Untuk Diri Dan Ibu Bapa Dari Anak Yang Soleh

رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (Q.S. [27] : 19)

Thursday, December 10, 2009

Doa Perempuan Lebih Makbul

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." Sekian, Wallahu a'lam.

Wednesday, December 9, 2009

Membuka PIntu Rezeki





Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Insya Allah

WAnita





Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Sunday, December 6, 2009

Siapakah Dia Lelaki Soleh





Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah s.w.t dan rasulnya walu di man sahja mereka berda dan pada bila masa sahja.



CIRI-CIRI SOLEH YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL-QURAN DAN AL-HADIS

-Senntiasa taat kepada Allah dan rasulnya
-JIhad fisabililah adalh matlamat hidupnya
-Sabardalm menghadpi ujian dan cabrn darpda Allah
-Ikhlas dan beramal
-kampung akhirat menjadi tujuan hidupnya
-Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya
-Selalu mohon ampun atas segala dosa-dosanya
-Zuhud dangan dunia tetapi tidak meninggalknnya
-Solat malm menjadi kbiasaannya
-Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepda Allah semata-mata
-Sangat kuat memegang amanah,janji dan rahsia
-Memberi kasih sayang kepda keluarga
-Menyerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
-Selalu berinfak sama ada ketikadalam keadaan lapang atau sempit
-Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya


TUGAS DAN KEWAJIPAN LELAKI SOLEH

1.Mencari Nafkah Bagi menguruskan hidup

-Tugas mencari nafkah dipertanggungjawabkan oleh kaum adam.Oleh itu,seoran lelki muslim yang soleh,mereka tidak mengabaikan tugas ini.Mlahan mereka wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.Dalam melksankan tugas ini,mereka harus membetulkan niat meeka iaitu ikhlas mencari keredhaan Allah.Apabila adanya keikhlasan,mereka tidak akan malu melakukan apa sahaja pekerjaan malahan berbangga dengan apa yang mereka lakukan demi menyara keluarga.

2.Berjihad Fisabililah

3.Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas

-"Wahai llaki Yang soleh,sesungguhnya tugas dan tanggungjawab buknlah rinagn,gunung dan langit pun tidak mmpu menanggungnnya>engkau sahaja ynag sanggup tampil mnyelesaikan tugas yang besr ini.Orang-orang ynag lemah dan sedang ditindas sentiasa menntikan kehadirnmu.Mereka sentiasa berdoa supya engkau segera tiba demi menjadi pembela bagi mereka"

4.Memimpin,mendidik dan berlakuadil kepada isteri

-Suami ynag solhah akan sentiasa berlkuan baik terhadap isterinya.Dia akn menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa mengembirakn hati mereka.Mereka juga bertanggungjawab menguruskan urusan rumah tangga serta bekerjasama dengan istrinya mendidik anak-anak.


SABDA RASULLAH S.A.W

"Orang yang terbaik diantara kamu adalh yang berlkuan baik kepada isterinya dan aku adalh yang terbaik antara kamu kepda isteriku"

(H.R IBNU MAJAH)


SAMBUT KE PULANGAN SUAMI DI MUKA PINTU

SABDA RASULLAH S.AW

"Siapa sahaja seorang isteri yang brmasam muka di hadapan suaminya,dia akn berda dalam kemurkaan Allah S.W.T hingga dia dapt membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya"


"Sungguh-sungguh memohon ampun untuk isteri yang berbakti kepada suaminya,iaitu burung-burung di udara,ikan-ikan di air dan malaikat dilngit selama dia sentiasa berda dalm kerelaan suaminya"


-Sebuah hadis ada menyebut,apabila seorang suami bersalamn dengan isterinya,gugur segala dosa darpda celah-celah jari mereka berdua.Oleh itu,rebutlah peluang dalam sebrang kesemptan unutk bersalamn dengan suami dan meminta maaf darpdanya.


Adab ketika Pulang Daripada Perantauan

Rasullah S.A.W berpesan kepda para sahbat apabila mereka kembli dari perantauan,jangan pulang ke rumah pada waktu tengh mlam supaya mereka tidak akan menyaksikan sesutu yang tidak menyenangkan di hati.


Logiknya pesanan rasullah S.A.W itu adalh kerna keadaan isteri yang tidak terurus pada waktu tengah malm.Mungkin mereka berada dalm keadaan kusut masai kerana bru bngun daripda tidurnya.Keadaan ini menyebbakan suami bersa tidak bersa gembira apabila ke rumahApabila melihat keadaan isteri mereka yang tidak terurus,ia akan menyebabkan suami mersa sakit hati kepada isteri mereka.



Rasullah S.A.W menggalkkkn para sahbat yang pulng dari perntauan supya kmbli kpd kluarga msing 2 pada keesokkn harinya supya dapt mmberikn peluang kpd isteri bersiap sedia mnymbut kedtngnnya.Isteri boleh berhias terlbih dahulu seblm mnymbut kplngn suami tercinta kepangkuannya.Keadaan ini akn menyengkan hati suami dan rumh tangga psngn akn lebih harmoni.


Apabila berjauhan,pasti kedua-duanya kan saling merindui antara satu sama lain.Sudah tentu masing-masing tidak sabar menemui isteri tercinta bg melepskn rasa rindu yang terpendam.Demikian hebatnya kesan yang diperoleh apabila si isteri meluangkan sedikit masa berhias demi menyambut kepulangan suami dari perntauan.Kasih sayang antara keduanya akn lebih erat.Benar seperti kata orang tua-tua,'Dari mana datangnya sayang,dari mata turun ke hati'.Apabila mata suami senang melihat penmpilan isteri ketka menymbut kepulngnya,pasti suami lebih lebih menyayanginya dan mereka kan lebih bahgia kerana si isteri bijk melkukn sesutu yang boleh menyengkn hati suaminya.

Kenapa Perlu Berkahwin?






PERKAHWINAN adalah kaedah terbaik bagi menolong menguatkan agama dan menghindari bisikan syaitan.Sesunguhnyaperkahwinan adalah salah satu perkara perkara ynag sangat dibenci oleh syaitan apabila dilakukan oleh mukmin.


SABDA RASULLAH S.A.W

"Apabila salah seorang daripada kamu melihat seorang wanita,lalu dia tertarik kepada wanita itu,maka dia harus kembali kepada isterinya,kerana hal ini akan dapt menepis apa yang ada dalam jiwanya"


RASULLAH S.A.W sangat menggalakkn umatnya berkahwin.Baginda bersabda,

"Demi Allah,sesunggunhnya aku adalh orang yang paling takut antara kamu kepada Allah S.W.T,Orang yang paling taqwa darpda kalian kepada ALlah.Tetapi aku berpuasa dan berbuka,Aku solat di mlam hari dan aku juga berkahwin dengan wanita.Maka sesiapa yang benci kepada sunhku,maka dia bukan tergolong darpda umatku."


Rasulluh juga berkhwin dan mempunyai zuriat.Oleh itu,umtnya yang berkahwin sebernya menyempurnakan sunnnah yang dilksakn oleh baginda.Rasullah menyeru kepda para pemuda muslim yang mampu supaya segera berkahwin.Ini kerana sekiranya urusan perkahwinan itu ditangguh-tangguhkan,perkra yang tidak baik akn berlaku.

RASULLAH S.A.W BERSABDA,

"Wahai para pemuda,sesiapa yang sudah bersedia berkahwin,hendaklah dia segera berkahwin.Sesungguhnya perkhwinan itu boleh menghalang pandangan(kepada ynag dilarangoleh agama)dan memlihra kehormatan.Dan barangsiapayang tidak sanggup,hendaklah dia berpuasa.Sesungguhnya puasa itu adalah perisai bginya"


"Apabila seseorang manusia meninggal dunia,semua amalanya terputus.Kecuali 3 perkara :

-SEdekah jariah

-Ilmu yang bermanfaat

-Anak soleh yang mendoakn
(orang tuanya)"


Bagi mendapatkan ank yang soleh,mak setiap oarng perlu melalui proses perkhwinan yang sah di sisi syarak.











Saturday, December 5, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Renungan Bersama Sahabat










Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:

AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK) Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.

Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.



INilah PErbuatan Manusia Yang tidak Berkemanusian











wahai saudara2 ku ... sesungguhnya anak2 itu syurga tempatnya biar pun dari keluarga kufar.

mungkin anak2 itu sebagai penebus dosa2 @ saksi2 KITA diakhirat nanti .....

pesoalannya SIAPAKAH yg bertanggungjawab ???

dimana KITA & apa yang KITA lakukan utk menghalang pembunuhan2 itu ...

marilah KITA renungkan & fikirkan ..... semoga KITA dijauhi menjadi saksi2 subahat MEREKA ...