Sunday, July 18, 2010

Kisah Pasangan Burung

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???

7 comments:

Unknown said...

Salam,

Subhanallah, haiwan pun lebih "berperikemanusiaan" daripada sesetengah manusia zaman sekarang ni.....begitu hebatnya kasih sayang antara mereka....begitu besar pengorbanan yang dilakukan oleh burung tersebut......begitu menyayat hati....

Terima kasih atas perkongsian kisah yang menarik ini..

Werdah said...

Salam

Begitulah Allah Maha Pengasih meletakkan rasa kasih sayang kepada hati-hati makhlukNya, namun ada di kalangan kita masnusia tak tahu mencontohi sifat kasih sayang Allah.

Mudah2an dalam hati kita ada rasa kasih dan sayang sesama makhluk ciptaanNya.

Hana said...

Wasalam...

Sama-sama :P

Hana said...

Wasalam..


insyallah..

Mr Dean said...

Salam,

Indahnya hidup jika kita ada sifat saling menyayangi!

Satu pengajaran dari Allah buat tatapan hamba-Nya yang kian hari semakin kikis dengan kemanusiaan!
Subhanallah!

Hana said...

Wasalam...

Betul tu,sekrang ni ramai mnusia yang hilng sift 2 kemnusian..Sbgai conth yang dpt diliht pda sekrang ni,pmbuangan bayi semkin berleluasa di merta-rata tempt..

Mudah-mudhan,mrka mndpt hidyah drpda Allah S.W.T

Unknown said...

Boleh saya share??