Berdasarkan kepada konsep rezeki,Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hambanya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah sepuluh amalan untuk dimurahkan rezeki:
1.MENGABADIKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
-Allah s.w.ttidak mensia-siakan pengabadian siri hambanya seperti firmanya,'Wahai anak Adam ,sempatkanlah untuk menyembahku maka aku kan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukanya maka aku akan penuhi tanganmu dengam kesibukan dan aku tidak menutup kekafiranmu.(Riwayat Ahmad,Tirmizi,Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu hurairah r.a)
2.MEMPERBAYAKKAN ISTIGHFAR
-Sabda nabi s.a.w'Barang siapa memperbanyakkn istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan masalahnya dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Ahamd,Abu Daud,an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abudullah B.abbas r.a)
3.SENTIASA MENGINGATI ALLAH
-Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Inagtlah,hanya denganmengingati Allah s.w.t hati akn menjadi tenteram.(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
4MENDOAKAN IBU BAPA
-Nabi muhammad s.a.w bersabda,"mendoakn ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.(Riwayat al-hakim dan ad--Dailami)
5.MENJALIN SILATURRAHIM
-Nabi muhammad s.a.w bersabda,"barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."(Riwayat Bukhari)
6.MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
-Seorang Arab desa menemui Rasullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan murahkan rezeki ."(Diriwayatkandaripada Sayidina Khalid al-Walid)
7.BERSEDEKAH
-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu .Nabi muhammad s.a.w bersabda kepada Zubair bin al-Awwam ."Hai zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain nescaya Allah memperbanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan nescaya Allah menyedikitkan baginya.(Riwayat ad-daruquthni daripada anas r.a)
8.MENGAMALKAN SOLAT DHUHA
-Amaln solat dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian),juga memppunyai rahsia tersendiri .Firman Allah s.w.t,"Wahai anak adam,jangan sesekali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat dhhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
9.BERSYUKUR KEPADA ALLAH
-Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah kufur nikamt yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman."Demi sesungguhnya!jika kamu bersyukur,nescaya aku tambahi nikmatku kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur.sesungguhnya azabku amat keras."(Surah Ibrahim ayat 7)
10.BERTAWAKAL
-Nabi muhammad s.a.w bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal nescaya kamu diberi rezeki sepeti burung iaitu ,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."(Riwayat Ahmad,at-Tirmizi,Ibnu Majah.Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-khattab r.a)
PESANAN-Mudah-mudahan para pembaca mengamalkan langkah-langkah yang diberikan diatas supaya Allah S.W.T mencukupkan rezeki dan keperluan ANDA.
1 comment:
salam Jihah,
semoga kita sama2 dapat mengamalkannya.. amiin
Post a Comment