Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”(Al-Ghafir 60)
FirmanNya lagi:Artinya: “Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi.” (Al-A’raf 55)
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin menyebut sepuluh adab-adab berdoa:
-Hendaklah menunggu waktu yang dimuliakan, seperti hari Arafah, pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat, waktu sepertiga yang terakhir dari malam dan waktu sahur.
-Hendaklah dia memilih keadaan-keadaan yang dimuliakan, seperti dalam keadaan bersujud, dalam pertempuran di medan perang, turunnya hujan, dalam keadaan hendak mendirikan solat dan sesudahnya.
-Hendaklah dia menghadap kiblat, menggangkat kedua belah tangan lalu menyapukannya pula pada wajah setelah selesai berdoa
-Hendaklah dia memperimbangkan suara di antara perlahan dan nyaring.
-Hendaklah dia tidak memaksa bersajak dalam berdoa. Memilih doa-doa yang dilafazkan oleh Rasulallah SAW.
-Hendaklah dia merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.
-Meminta dengan penuh hati dan yakin akan dimustajabkan oleh Allah.
-Hendaklah dia serius dalam doanya serta mengulanginya sampai tiga kali, jangan pula merasa terlalu lama mendapat pengabulannya.
-Hendaklah dia membuka doanya dengan menyebut nama Allah Ta`ala. Kata Imam Nawawi; Demikian juga hendaklah dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
-Bertaubat dan mengembalikan barang yang dizalimi serta kembali kepada Allah S.W.T.
1 comment:
Salam,
Terima kasih atas entri yg berguna ni....
Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin....
Oleh itu, hendaklah kita memperbanyakkan berdoa kepadaNya, x kiralah walau apa jua perkara yg dihajatkan, kejayaan yg cemerlang, ketenangan hidup, atau lain2, asalkan kita ikhlas berdoa, mengharap hanya kepadaNya, insyaAllah, doa kita akan diangkat ke langit, justeru dimakbulkan....
Post a Comment