Sunday, September 13, 2009

SELOKA NASIHAT

Di dalam hidup manusia,yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat,diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat,rumahtangga jadi sepakat.
Apabila masyarakat jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat,
Apabila masyarakat jadi muafakat,
negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembagunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
emajuan menjadi pesat

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat,kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Di tengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam kulat
KETIKA ITU,
manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi kulat dan ada yang jdi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,orang yang baik ada jadi jahat
Apabila orang baik bertukar jahat,orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nk kaya cepat,orang tua pula nak mati lambat
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapt minum madu telan jerla minyak gamat

Yang lelaki,
budak-budak muda pakai seluar ketat.
semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi,percaya perkara khurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat.....(apa dapat)
suka sangat menunjuk pusat.
Hingga tidak peduli lagi batasan aurat.

Silap gaya jadi gawat,
Bohsia bohjan lagi hebat Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu,nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat.
Maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
Masa tu kita tengok bayi di buang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU,IBLIS MULA MELOMPAT,
Dia kata apa?habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fonomena masyarakat.

Oleh itu,wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini semakin singkat,
Esok atau lusa mungkin nak kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan di tanya apa yang kita buat.
Masa tu,senduri mau ingat

Umurmu banyak mane,
Berapa banyak kamu buat ibadat....?
Zaman mudamu,apa yang telah kamu buat.........?
Harta benda anda,daripada mana anda dapat.......?
Ilmu anda,adakah ada bermanfaat.......?

SEBAGAI MANUSIA INSAN,SAMA-SAMALAH MENGINGATI SESAMA INSAN!!!SEMOGA IANYA DAPAT MENGIGATKAN KITA SUPAYA SEGERA MENINGGALKAN MAKSIAT DAN MEMPERBANYAKKAN IBADAT.

No comments: