Rasullah S.A.W bersabda yang maksudnya ''Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain daripada keberanian hamba menahan kemarahan.Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T akan mengisi dadanya dengan keimanan.
(RIWAYATIBN ABI DUNYA)
HURAIAN PENGAJARAN HADIS:
1.Menahan perasaan marah,memaafkan keslahanorang lain dan berlaku ihsan adalah sntara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambah keimanan.
2.Marah umumnya menunjukan sifat seoarang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri.Ia merupakn tabiat yang sukar dihapuskan.Apabila marah,kedua mata menjadi merah,urat leher pula kelihatan timbul.Oleh itu,rasullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air.Maka Rasullah S.A.W menasihatkan apabila marah ,hendakalah seseorang itu berwuduk(mengambil air sembahyang).
3.Imam Al-Ghazali pula berkata:Kemarahan manusia itu bermacam-macam.Sesetengahnya cepat marah tetapi cepat tenang.Sesetengahnya lambat marah tetapi lambat pula tenang dan sesetengah yang lain pula,lambat marah tetapi cepat tenang.Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
4.Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh islam.Marah pula ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang yang dilarang agama dimana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dibiarkan.
PESANAN:Marilah sesama kita mencari keredhan ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment