Friday, September 4, 2009

Bicara Rasullah

Dalam ruangan sirah pada bulan ini,kita akn dapat mengetahui cara Rasullah berbicara.Aisyah r.a ada berkata,"Rasullah tidak pernah berbicara penuh sebagaimana bicaramu ini(cerewet),tetapi beliau berbicara dengan perkataan yang tepat,jelas,padat sehingga bboleh dihafal oleh orang yang ada disekitarnya."(HR Abu Daud)


-Rasullah selalu berbicara dengan mudah dan sopan serta lemah lembut kerana baginda berharap orang yanng mendengarnya dapat memahami butir bicaranya.Baginda juga,sangat menjaga perbezaan-perbezaan yang terdapat antara umatnya agar tidak timbul sebarang salah faham antara mereka.Baginda sangat peka trhadap pemahaman dan cara berfikir umatnya yang mempunyai pandangan dan penerimaan yang berbeza,Oleh itu.baginda memilih untuk bersikap Halim (menerima perbezaan walaupun bertentangan dengan isi hati)dan bersabar sehingga lawan bicaranya senang hati.


-Aisyah meriwayatkan,"Rasullah selalu berbicara dengan perkataan yang jelas yang boleh difahami orang yang mendengarnya"


-Renungkanlah bagaimana seorang rasul agung itu begitu lembut dan bersahabat,berlapang dada serta bersikap terbuka.Baginda rela mengulang percakapannya dengan jelas agar dapat difahami oleh orang lain.Anas b malik meriwayatkan,"Rasullah sering mengulang perkataannya sehingga 3 kali supaya dimengertikan dan difahami"(HB Bukhari)

-Rasullah juga suka bergurau dengan para sahabat untuk mrngurangkan rasa takut di kalangan para sahabat kerana ada sebahagian daripada mereka yang bersa takut dengan yang lain.Diriwayatkan dari ibnu nasud r.a bahawa Rasullah pernah didatangi seorang lelaki yang sangat ketakautan dan gementar seluruh badanya apabila berhadapan dengan baginda.Lelaki tersebut kemudiannya ditenangkan oleh rasullah dan baginda bersabda,"Tenangkan kerana kau bukanlah seorang raja.Aku adalah anak seorang wanita yang nemakan daging kering."(Hr Ibnu Majah)



MORAL SIRAH

-Melalui sirah ini,dapat kita ganbarkan betapa agungnya bicara Rasullah antara satu sama lain walaupun baginda mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah.Malah berdasarkan kepada kisah ini,jelas menunjukkan baginda merendah diri walaupun melalui bual bicaranya. Sifat Rasullah
yang sangat lemah lembut apabila berbicara wajar dicontohi dan diikuti agar keperibadian sebagai seorang anak gadis dapat dipelihara dan dihormati oleh orang lain kerana budi pekerti yang dimiliki

1 comment:

Werdah said...

salam,

ya! Rasulullah bersifat mulia dan ditegaskan oleh Allah swt dalam surah al-Qalam ayat 4,
۬ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)mempunyai akhlak yang amat mulia. (4)