Tuesday, September 1, 2009

Eratkan Persahabatan Dengan 13 tip

1.KESABARAN

-Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baik kamu itu menyinggung perasaan mungkin dengan kesabaran,teman kamu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2.BERTERUS-TERANG

-Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman-teman sekeliling kamu.Cuba berbincang dan berterus-terang agar masalah yang membelenggu diri kamu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang

3.IKHLAS

-Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain.Setiap ikhlas kita akn menjadikan teman di sekeliling akan lebih menghormati kita

4.SALING MENGHORMATI

-Hormatilah orang di sekeliling kamu dan sudah tentu orang lain juga akn menghormati kmu .

5.JUJUR
-Belajarlah untuk menjadi seorang yang jujur.Saling percaya mempercayai menjadikan hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya.Buang jauh-jauh sikap bermuka-muka kerana ia akan merenggangkan persahabataan.

6.SALINAG FAHAM MEMAHAMI
-Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk ialah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7.SALING MEMAAFKAN
-Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baik kamu menyinggung perasaan.Ketahuilah sikap pemaaf itu perbuatan yang mulia.Malah ia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8.BERTOLAK ANSUR
-Saling bertolak ansur juga merupakn satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni.Sikap begini akan memberi manfaat kepada diri kamu dan orang lain.

9.JAGA TUTUR KATA
-Jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu.Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10.NASIHAT MENASIHATI
-Teguran hendaklah secara baik dan bukanya melulu dan mengkritik.Saling ingat-mengingati itu adalah satu perbuatan yang mulia

11.AMBIL BERAT
-Jangan petingkan diri sendiri.Berada di sisi teman ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan.Ia memberikan kekuatan dan sedikit sebanyak masalah yang ditanggunginya akan berkurangan.

12.SALING BERHAUBUNG
-Jauh di mata,dekat di hati.Walau pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan tetapi kamu masih boleh mengeratkan persahabatn dengan bertanya khabar.Telefon atau sekadar menghantar sms pun sudah mencukupi sebagai tanda ingatankamu kepadanya.

13.BERTELINGKAH
-Kadang-kadang pertelingkahan yang berlaku boleh mengeratkan perhubungan.Sesekali bertelingkah akan menjadikan perhubungan bertambah baik.Kita lebih saling mengenali dan memahami antar satu sama lain.Tapi haruslah ingat,bergaduh tanpa bermaafan tidak ada gunanya.Sekurang-kurangnya kita kenalah beralah,bermaaf-maafan agar keruhan yang melanda agar jernih semula.


P/S:Moga-moga tips ini berguna kepada anda sekalian.Semoga dapat bermuhasabah diri sebagai seorang kawan.

No comments: